iklan

Sunday, January 4

weekly klse update





Seperti yang telah ditulis pada blog yang lepas (maseh lagi berpandukan pada penulisan yang lepas), nujum meramalkan kenaikan klse akan terus menampakkan tanduk bull nya dengan kenaikan yang memberangsangkan pada penutup jumaat yang lalu . Kenaikan sebanyak 27 mata pada paras 894 amat mengembirakan hati pelabur semua kerana nafas klse telah mula rancak untuk berlari.

Kenapa sebuk sangat klse ini dikaji? ianya amat penting kerana semua orang mengkaji akan indek ini kerana kenaikan indek ini akan meramalkan dimana kepala ni akan membawa gerabak lainnya pergi. kalau kepala klse ini ianya menaik maka semua gerabak akan turut menaik (pada lazimnya saje). maka pada senario ini maka boleh kita membeli kounter yang terpingin dihati. Kaunter mana yang hendak dibeli ? oooh itu salah disisi undang undang kerana nujum tiada lesen untuk memberi nasihat akan pekara ini , kalo SEC dapat tahu blog ini memberi nasihat membeli saham, mahupun memngambil duit orang mampus kita kena masuk penjara kerana denda nya bukan sikit rm500,000 (banyak tu beb) .blog ini akan terus dijadikan bahan bukti untuk memperjarakan nujum. apa lah merepek ini , bukankah blog ini sebenarnya tiada siapa yang lawat oleh itu tak perlu lah takut akan SEC kerana yang pembacayanya hanya nujum saje untuk syok sendiri.

Apa merapu ini , kita lihat dan teliti balek topik klse ini kembali. OK dalam ramalan wavelet maka mode nya maseh menaik. dalam ramalan Pivot ppc ianya juga dalam mode nak pergi over 950 . lihat lah klse chart yang telah dianalisa maka kenaikan akan pergi ke 950 dan the excat point let the the market itself decide .Faktur yang akan dijadikan alasan kepada kenaikan ini ialah Ralli Hali Laya Cina akan datang .Selain itu BNM punya governor siang siang telah meyakinkan para pelabur bahawa asas ekonomi kita kukuh tak perlu risau tapi peliknya BLR kita baru saja diturunkan menjadikan terendah antara yang terendah pada masa yang lepas. Kalo blr dah rendah takan ada orang nak simpan wang dalam bank untuk mendapat faedah yang kurang soo duit lebihan itu dimana orang akan labur ialah tak lain tak bukan di bskl , Ini kan tahun baru semua orang telah buat resolosi baru untuk menjadi lebih kaya dan bskl ini merupakan satu dari arenanya.

Sori kalo ada yang tak faham akan tulisan ini , untuk rengkas nya klse akan terus menaik dan pada paras berapa inya menaik itu kita mesti lihat akan apa yang klse nak buat kerana nujum hanya buat ramalan dan klse penentunya

Terima kaseh kerana membaca.